Pages

Friday, December 31, 2010

Gobala SIBUK BAKAR kelambu kerana Nyamuk

Tanpa hendak menolak saudara Gobala kesudut maupun untuk membelasahnya, saya lebeh gemar untuk menelusuri dan mengungkapkan dilema yang sedang dihadapinya. Lantas itu saya jangan disalah anggap mahu membantu ataupun merangsang saudara Gobala kearah pertentangan itu tapi ingin  membedah dan berkongsi rasa  isi hatinya sebagai pejuang lama yang kental dan tabah  dengan iltizam yang kekal  membara tanpa noktah.

Setelah sedekad berlalu mengharungi jatuh - bangun, susah - senang dan tangisan - senyuman,  Sekonyong  konyong maka apabila telah hampir ke pelabuhan Putrajaya dirinya rasa dipinggirkan dan disisihkan tanpa nampak atau diberitakan tentang kecacatan dan kekurangannya. Lantas itu mana mungkin   manusia biasa  seperti Gobala bukan 'GOBALA'  mampu menerima keadaan kekecewaan itu tanpa sedikitpun menunjukkan penentangan dan kemarahan yang sewajarnya. Kemungkinan  juga  dalam perjuangan ini saudara Gobala mengharapkan sesuatu, lantaran itu jika tidak diperolehi maka ianya akan menjadi sesuatu yang menyeksakan  beliau dan ubatnya pastilah  meningkatkan kejujurannya. Andaikata saudara YB Gobala tidak mampu melakukannya maka tiadalah transformasi ke individu YB GOBALA. Pun begitu adalah adil jika Parti Keadilan Rakyat yang mengamalkan keADILan  memberi ruang dan peluang untuk Saudara Gobala meluahkan dendam  , mencairkan kebekuan  rasa dan menenangkan kecamukan  perasaan didada. Andaikata pertemuan itu tidak dapat mendamaikan rasa dan menjernihkan keadaan  maka paling kurang dapat mencetuskan perseteruan yang berhemah.

Apapun pandangan   dari  jauh, Alburuj  diharap tidak tersasar dan mengharap kelambu tidak seterusnya dibakar oleh  saudara GOBALA  untuk menghangatkan perseteruan dan Parti Keadilan Rakyat perlulah kekal ADIL .

Saturday, December 25, 2010

'The GIANT among Man' sekadar suatu pertanyaan

Riuh rendah dan hiruk pikuk keadaan politik PKR dan yang terbaru membabitkan YB Gobala dan Ahli ahli parti yang seada dan  sebelumnya.. Apa yang merisaukan adalah keputusan mengejut beliau dan selainnya menggantung keahliannya sendiri dengan alasan yang pelbagai dan  berwarna warni serta diikuti oleh senyum, tawa dan tangisan.Yang pasti amat  malangnya parti kerana akan kehilangan ramai hulubalang asal yang dulu kentalnya memperjuangkan dan memperkasakan wadah dan menunjangi parti

Pun begitu walaupun belum berlaku maka eloklah kami tahu apakah YB Gobala dan sekroni dengannya telah lelah, letih dan  putus asa dari memperjuangkan Keadilan dan Kebenaran lantaran disisihkan oleh parti yang  turut ditunjangi itu. Apakah hanya dengan  pemilihan yang berkala dan bermusim yang tidak berpihak kepada YB dan lain lain melunturkan semangat dan api perjuangan tersebut dan apakah dengan ketiadaan jawatan menghalang dan mebantutkan aktiviti kemasyarakatan. Tidakkah  juga dengan pemilihan itu memberi peluang silih berganti pemimpin untuk perubahan dalam parti dengan ini menyuntik dan memberi nafas baru pada parti serta mengembangkannya.

Apakah persoalan akidah parti keadilan telah tersasar atau parti telah sesat dihujung jalan apabila tidak berketuakan sesaorang atau orang orang tertentu. Apakah dengan ramainya YB YB dalam parti dengan talileher dan kot dan  setelah menawan beberapa negeri dan menjadi YAB serta menidakkan BN menguasai 2/3 kerusi parlimen maka memperjuangannya sudah tidak penting lagi berbanding keperluanYB YB. Adakah kini sudah sampai masa  lebeh penting  mewujudkan  fahaman fahaman baru parti  bertunjangkan keperluan YB dari massa.

Apakah beliau lupa dahulunya beliau bukan YB dan berjawatan tinggi dalam parti,  malahan pernah dipenjara dan dihina tetapi sentiasa segar berzikir  bertahmid dan beramal dengan falasaf memperjuangkan obor parti yang ketika itu sebuah parti kecil, lemah, miskin dan daif. yang tidak menjanjikan apa apa imbuhan yang boleh dinikmati. Begitu hebat dan berwibawanya pendirian tersebut yang mampu digapai dan dianuti oleh YB ketika itu yang pastinya dikagumi dan dicemburui tetapi kini telah hilang atau diganti dengan sesuatu yang lebeh individualistik dan keakuaan..

Apakah tidak teruja pengajaran kehebatan dari Panglima Perang Khalid Alwalid yang diturunkan pangkat dari kepala perang kepada askar biasa tetapi tepat dengan kehebatannya tanpa sedikit pun berpaling tadah atau mogok menggantung senjata.

Mungkin YB Gobala yang kini bukan saudara GOBALA yang pernah saya kagumi suatu masa dulu dipenjara