Tanpa hendak menolak saudara Gobala kesudut maupun untuk membelasahnya, saya lebeh gemar untuk menelusuri dan mengungkapkan dilema yang sedang dihadapinya. Lantas itu saya jangan disalah anggap mahu membantu ataupun merangsang saudara Gobala kearah pertentangan itu tapi ingin membedah dan berkongsi rasa isi hatinya sebagai pejuang lama yang kental dan tabah dengan iltizam yang kekal membara tanpa noktah.
Setelah sedekad berlalu mengharungi jatuh - bangun, susah - senang dan tangisan - senyuman, Sekonyong konyong maka apabila telah hampir ke pelabuhan Putrajaya dirinya rasa dipinggirkan dan disisihkan tanpa nampak atau diberitakan tentang kecacatan dan kekurangannya. Lantas itu mana mungkin manusia biasa seperti Gobala bukan 'GOBALA' mampu menerima keadaan kekecewaan itu tanpa sedikitpun menunjukkan penentangan dan kemarahan yang sewajarnya. Kemungkinan juga dalam perjuangan ini saudara Gobala mengharapkan sesuatu, lantaran itu jika tidak diperolehi maka ianya akan menjadi sesuatu yang menyeksakan beliau dan ubatnya pastilah meningkatkan kejujurannya. Andaikata saudara YB Gobala tidak mampu melakukannya maka tiadalah transformasi ke individu YB GOBALA. Pun begitu adalah adil jika Parti Keadilan Rakyat yang mengamalkan keADILan memberi ruang dan peluang untuk Saudara Gobala meluahkan dendam , mencairkan kebekuan rasa dan menenangkan kecamukan perasaan didada. Andaikata pertemuan itu tidak dapat mendamaikan rasa dan menjernihkan keadaan maka paling kurang dapat mencetuskan perseteruan yang berhemah.
Apapun pandangan dari jauh, Alburuj diharap tidak tersasar dan mengharap kelambu tidak seterusnya dibakar oleh saudara GOBALA untuk menghangatkan perseteruan dan Parti Keadilan Rakyat perlulah kekal ADIL .
No comments:
Post a Comment