Riuh rendah dan hiruk pikuk keadaan politik PKR dan yang terbaru membabitkan YB Gobala dan Ahli ahli parti yang seada dan sebelumnya.. Apa yang merisaukan adalah keputusan mengejut beliau dan selainnya menggantung keahliannya sendiri dengan alasan yang pelbagai dan berwarna warni serta diikuti oleh senyum, tawa dan tangisan.Yang pasti amat malangnya parti kerana akan kehilangan ramai hulubalang asal yang dulu kentalnya memperjuangkan dan memperkasakan wadah dan menunjangi parti
Pun begitu walaupun belum berlaku maka eloklah kami tahu apakah YB Gobala dan sekroni dengannya telah lelah, letih dan putus asa dari memperjuangkan Keadilan dan Kebenaran lantaran disisihkan oleh parti yang turut ditunjangi itu. Apakah hanya dengan pemilihan yang berkala dan bermusim yang tidak berpihak kepada YB dan lain lain melunturkan semangat dan api perjuangan tersebut dan apakah dengan ketiadaan jawatan menghalang dan mebantutkan aktiviti kemasyarakatan. Tidakkah juga dengan pemilihan itu memberi peluang silih berganti pemimpin untuk perubahan dalam parti dengan ini menyuntik dan memberi nafas baru pada parti serta mengembangkannya.
Apakah persoalan akidah parti keadilan telah tersasar atau parti telah sesat dihujung jalan apabila tidak berketuakan sesaorang atau orang orang tertentu. Apakah dengan ramainya YB YB dalam parti dengan talileher dan kot dan setelah menawan beberapa negeri dan menjadi YAB serta menidakkan BN menguasai 2/3 kerusi parlimen maka memperjuangannya sudah tidak penting lagi berbanding keperluanYB YB. Adakah kini sudah sampai masa lebeh penting mewujudkan fahaman fahaman baru parti bertunjangkan keperluan YB dari massa.
Apakah beliau lupa dahulunya beliau bukan YB dan berjawatan tinggi dalam parti, malahan pernah dipenjara dan dihina tetapi sentiasa segar berzikir bertahmid dan beramal dengan falasaf memperjuangkan obor parti yang ketika itu sebuah parti kecil, lemah, miskin dan daif. yang tidak menjanjikan apa apa imbuhan yang boleh dinikmati. Begitu hebat dan berwibawanya pendirian tersebut yang mampu digapai dan dianuti oleh YB ketika itu yang pastinya dikagumi dan dicemburui tetapi kini telah hilang atau diganti dengan sesuatu yang lebeh individualistik dan keakuaan..
Apakah tidak teruja pengajaran kehebatan dari Panglima Perang Khalid Alwalid yang diturunkan pangkat dari kepala perang kepada askar biasa tetapi tepat dengan kehebatannya tanpa sedikit pun berpaling tadah atau mogok menggantung senjata.
Mungkin YB Gobala yang kini bukan saudara GOBALA yang pernah saya kagumi suatu masa dulu dipenjara
No comments:
Post a Comment